Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucaptamanya di perhimpunan Agung UMNO ke 61 menyatakan ' Muallaf' dan orang-orang asli adalah Melayu. Beliau seterusnya menyatakan usaha memelayukan belum selesai. Saya merasakan kenyataan ini amat tidak bertanggungjawab dan racist. Adakah orang seperti saya (beragama islam) yang berbangsa Rungus boleh menjadi Melayu? jawabnya TIDAK sama sekali. AlQuran sekali pun mengikhtiraf kewujudan bangsa-bangsa lain yang ada di dunia. Cakap tak serupa bikin..mana 1Malaysia??
Asalamualaikum YBhg JH. Saya pun berbangsa rungus dan seagama dengn YBhg JH. Saya rasa inilah akibatnya terlalu berpolitik.
ReplyDeleteAir dicincang takan putus..nak komen pun takut2 benda ni amat sensitif.
ReplyDeleteRY & Anonym: Walaikumusalam w.b.t. Memang isu ini amat sensitif tetapi saya terpanggil untuk respond kepada kenyataan PM yang amat kontroversi dan menyentuh sensitiviti kaum2 lain dalam negara ini. Apakah Rungus perlu jadi Melayu untuk masuk Islam? jawabnya sudah tentu TIDAK. Dari segi persepsi pula, orang yang anti Melayu ( kalau adalah) sudah tentu memandangnya secara negatif iaitu masuk Islam bererti Masuk Melayu atau jadi Melayu. Adakah maksud PM muallaf di kalangan kaum bumiputera sahaja atau keseluruhan muallaf? bagaimana dengan ' muallaf' berbangsa Cina? adakah mereka dianggap Melayu juga. Sedikit sebanyak ianya akan menakut- nakutkan bangsa lain daripada memeluk agama Islam kerana pada persepsi mereka masuk Islam bererti masuk Melayu. Manakala kesan di kalangan momogun Rungus pula amat besar sekali. Kita tak hairan kalau satu masa nanti anak2 kita tak kenal bangsa kita. Sudahlah mereka bernama yang menyerupai nama Melayu, tak fasih berbahasa Rungus dan ditambah dengan ' gerakan memelayukan' di kalangan muallaf...akhirnya Momogun Rungus akan pupus di peta dunia. Memanglah baik niat PM untuk menyatukan umat melayu di negara ini tetapi apakah perlunya penyatuan Melayu dengan mengorbankan bangsa2 lain? orang Islam boleh bersatu atas nama Islam tapi tak semestinya jadi Melayu.(JH)
ReplyDeleteAssalamuallaikum YBhg Tuan JH. Saya juga sebenarnya risau juga nak komen topik ini memandangkan mcm isu sensitif walaumacam manapun sebagai rakyat malaysia yang bebas bersuara saya rasa tidak menjadi kesalahan untuk saya untuk memberi komen sedikit. Usaha menyatukan rakyat bumiputera di Malaysia tidak semestinya 'memelayukan' mereka. Pelbagai langkah boleh diambil oleh kerajaan contohnya gagasan 1Malaysia yang saya rasa di Sabah sudah sekian lama dipraktikan tanpa kempen besar-besaran dari pemimpin-pemimpin persekutuan. Usaha 'memelayukan', pada pandangan saya bukan hanya memberikan kesan negatif tetapi boleh membawa kebencian dan kehancuran. Sekian dan terima kasih.
ReplyDelete