Friday, October 22, 2010

Hak dan keistimewaan melayu dari kacamata PM

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan lima buah negeri dari tangan Barisan Nasional (BN) pada PRU12 dua tahun lalu, sejak itulah orang-orang melayu di Semenanjung Malaysia ditakut-takutkan oleh pemimpin Barisan Nasional kononya keistimewaan dan hak-hak orang melayu atau dengan kata lain ‘ketuanan melayu’ tidak dapat dipertahankan lagi jika orang melayu terus menyokong PR pada pilihan raya akan datang. Bermacam andaian demi andaian dibuat sehingga isu ketuanan melayu mencetuskan kontroversi walaupun dikalangan pemimpin komponen BN itu sendiri.

Menyedari sokongan orang melayu terhadap Umno di Semenanjung Malaysia yang semakin merosot yang telah dizahirkan melalui peti undi pada PRU12 lalu, maka lahirlah Perkasa yang dinakhodai oleh Datuk Ibrahim Ali dan dibayangi oleh kepimpinan tokoh Umno dan bekas Presiden Umno, Dr. Mahatir Mohamad. Perkasa dilihat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kepentingan orang melayu/bumiputera yang tidak dapat disuarakan oleh Umno. Bagaimanapun ramai kalangan pemimpin kanan Umno menganggap Perkasa terlalu bersifat etnosentrik dan perlu dijauhi oleh Umno jika parti yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional itu mahu rakan-rakan dalam komponen Barisan Nasional terus menyokong kepimpinan Umno.

Apa pun bentuk pendekatan Umno dan Perkasa untuk mengembalikan keyakinan orang melayu agar kembali menyokong perjuangan Umno yang umpama retak menanti belah, sandiwara ini tetap memperlihatkan kebimbangan mereka berhadapan dengan Pakatan Rakyat di gelangang PRU13 jika sokongan orang melayu masih tidak dapat dipulihkan. Mengapa perlu mengadakan demonstrasi untuk mempartahankan hak-hak dan keistimewaan orang melayu walhal Umno sebenarnya tahu kalaupun Pakatan Rakyat menguasai majoriti 2/3 kerusi parlimen selepas PRU13 nanti, hak-hak dan keistimewaan orang melayu masih tetap terjamin jika kenyataan Perdana Menteri ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno ke 61 dijadikan rujukan dimana hak-hak, kedudukan dan keistimewaan orang melayu tidak dapat diubah walau sedikit pun melainkan kebenaran majlis Raja-Raja melayu yang dianggotai oleh sembilan orang Raja melayu.

Berdasarkan kepada kenyataan ini, apa perlunya orang melayu ditakut-takutkan kononya hak-hak dan keistimewaan orang melayu akan terhakis jika Pakatan Rakyat mengambil alih Puterajaya selepas PRU13 nanti.

3 comments:

  1. Thank you Mr Nelson Souza. Thanks for the compliment. I really appreciate it.

    ReplyDelete
  2. ai baru jumpa ini blog..satu pandangan yang cukup berani. Syabas tuan Jelani.

    ReplyDelete
  3. Awesome work.Just wanted to drop a comment and say I am new to your blog and really like what I am reading.Thanks for the share

    ReplyDelete