Thursday, October 21, 2010

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke blog JH Menulis… saya berharap blog ini akan menjadi wadah untuk berkomunikasi dengan para pembaca terutama rakyat Malaysia di Sabah, Negeri Di Bawah Bayu yang kita cintai.

Sebagai Presiden SAMORA, saya mungkin boleh memberikan pandangan melalui laman web rasmi SAMORA tetapi adalah tidak wajar jika laman web rasmi SAMORA saya gunakan dengan sewenang-wenangnya untuk menyalurkan pandangan peribadi saya mengenai isu-isu politik semasa. Biarlah masyarakat memandang saya dalam dua dimensi yang berlainan iaitu sebagai presiden SAMORA dan sebagai ahli politik/pemerhati politik. Justeru itu pandangan saya dalam blog ini tidak semestinya mencerminkan pandangan SAMORA walaupun mungkin terdapat info-info mengenai aktiviti dan program SAMORA diselitkan melalui blog ini.

Saya berharap isu-isu yang dipaparkan dalam blog ini nanti boleh dikongsi bersama dengan penglibatan anda melalui komen-komen anda yang bernas dan membina. Terima kasih.

3 comments:

  1. Tahniah..blog JH menulis akhirnya mula menulis. Jangan menyerah sebelum berjuang.

    ReplyDelete
  2. Assalamuallaikum YBhg Tuan JH. Di ruangan komen ini saya juga turut mengucapkan tahniah wujudnya blog JH Menulis. Pesanan saya kepada rakan-rakan peminat blog sama-samalah kita memeriahkan blog ini dengan memberikan komen-komen yang bernas untuk dikongsi bersama-sama.Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Tuan blog ini. Wasallam.

    ReplyDelete
  3. Hi, Really great effort. Everyone must read this article. Thanks for sharing.

    ReplyDelete